0 Troli
0 Tambah semua produk diselak ke troli Diselak

Hantar isi kandungan anda

Kandungan Teks

Sila hantar fail untuk laman berasingan dalam format .doc

Sebagai contoh: "tentangkami.doc" akan mengandungi keterangan syarikat anda, "home.doc" akan mengandungi teks laman anda, dll.

Seterusnya, simpan semua fail anda dalam satu folder dan kirimkannya kepada Pengurus Projek DG1 anda.

Anda akan menerima Pengurus projek dalam masa beberapa hari. Sementara anda, teruskan menulis kandungan laman anda.

Senarai Kandungan dan Kenalan Gambar

Untuk setiap gambar, sila tuliskan nama syarikat/jenama produk - keterangan produk (sila pisahkan setiap perkataan dengan simbol sengkang)

Contoh:

"baju-pengantin-sutera"

 

  • Pastikan gambar produk anda mendatar, berlatar belakang neutral (putih digalakkan)

  • Saiz gambar produk anda tidak boleh melebihi 120 kb.

  • Saiz gambar syarikat anda tidak boleh melebihi 350 kb.

Simpan kesemua gambar di dalam satu folder dan kirimkan kepada kami.

 

Jangan lupa sertakan logo syarikat anda, sebaiknya dalam format PNG atau vektor (.svg)

 

Nota: DG1 juga bekerjasama dengan beberapa jurugambar profesional. Untuk maklumat lanjut, e-mel kami di hello@dg1malaysia.com.

 

Jika anda hantarkan kepada kami gambar produk, jangan lupa sertakan sekali keterangan mengenai produk anda. Contoh: harga, pesanan minimum, kos penghantaran, cukai, warna tersedia, dll.

Nota: Sekiranya anda mahu memuat naik gambar secara pukal seperti yang telah diterangkan di bawah, anda juga boleh menetapkan keterangan gambar tersebut di dalam fail yang sama.

Jika tidak, sila bina satu jadual dengan lajur pertama sebagai nama gambar dan tambahkan satu lajur untuk setiap keterangan.

Contoh:
Lajur 1: baju-pengantin-putih
Lajur 2: harga
Lajur 3: Kuantiti tersedia dan seterusnya

 

Adakah anda sudah ada senarai kenalan untuk dimuat naik ke DG1? SIla bina fail dalam format Excel dan simpan dalam format .csv. Tuliskan keterangan mengenai kenalan anda (jika ada) dalam lajur berbeza.

Contoh:
Nama pertama, nama keluarga, e-mel, nombor telefon, bandar, warna kegemaran, produk yang paling banyak dibeli, dll.

Import Senarai Produk

DG1 membenarkan anda mengimport senarai produk anda. Untuk memuat naik kesemua item anda, sila sediakan fail Excel dengan lajur berlabel:

  • ID produk tersuai

  • ID kumpulan produk

  • ID kumpulan produk tersuai

  • ID tersuai jenama

  • ID tersuai kategori

  • Cukai

  • Keterangan spesifik mengenai produk, contohnya Nama dan Harga

  • Kod UPC/EAN (ini bukan wajib KECUALI anda mahu mengimport kod bersama produk anda)

  • Ciri-ciri (keterangan, spesifikasi, saiz, warna, dll.) - sebarang bentuk keterangan juga boleh ditambah sebagai ayat penuh.

  • Stok

Sekiranya anda kerap mengemaskini stok anda, atau anda memiliki banyak item, kami boleh hubungkan DG1 dengan CRM atau pengurus stok anda. Ini akan menjimatkan masa anda, serta menyelaraskan perniagaan dalam dan luar talian anda. Integrasi ini percuma. Untuk meklumat lanjut, e-mel kami di hello@dg1malaysia.com.

Contoh fail import:

KAMI ADA TIPS UNTUK ANDA!

Untuk mengelakkan maklumat anda hilang, mohon kirimkan kesemua maklumat menerusi pengirim tunggal.

 

Untuk mengirim fail:
https://www.wetransfer.com

 

Untuk memproses gambar:
https://pixlr.com/editor (PERCUMA)
Adobe Photoshop
Adobe Illustrator

 

Untuk mengurangkan saiz imej:
https://tinypng.com/ (FREE)
Adobe Photoshop

 

Adakah anda mahu memuat naik video ke DG1?
Anda boleh memuat naik video anda terus ke sistem atau buatkan pautan dari saluran YouTube anda!
Mohon kirimkan maklumat anda mengikut aturan yang kami telah berikan kepada anda.

 

Lebih cepat anda kirimkan kepada kami, lebih cepat anda akan mengaut keuntungan, terima kasih kepada:

 

PERNIAGAAN DG1

Kirimkan fail kepada kami untuk bermula!

 

Sila baca dan ikuti sepenuhnya arahan yang diberi sebelum mengirim kepada kami.

KIRIMLAH SEKARANG